Rangkaian Produk Nona Roguy (NR)
.Rangkaian Herbanika Bersalin (1 kilo)
Harga Promosi Kami : RM 330.00 (Harga Jualan RM 365.00)
* PhytoNatal – 90 biji
* Akar Herbanika – 10 paket
* Minyak Herbanika – 100 ml
* Herbanika barut (krim) – 60gm
* Uncang Cuci Herbanika – 10 paket
* Herbanika Lulur – 100gm
* Akar Herbanika – 10 paket
* Minyak Herbanika – 100 ml
* Herbanika barut (krim) – 60gm
* Uncang Cuci Herbanika – 10 paket
* Herbanika Lulur – 100gm
Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.
Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.
1. MINYAK HERBANIKA
- Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk bersalin normal dan secara pembedahan (caesarian) di wad
- Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa dalam wad).
- Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.(Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara pembedahan.)
- Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)
Untuk bersalin normal:
Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari. Pakai dengan selesa.
Untuk bersalin secara pembedahan:
Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari dengan selesa.
(Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran)
Bengkung ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di wad.
Bagi kelahiran normal:
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, disyorkan penggunaan Strap-On Binder dengan ringan dan rapi. (Strap-On Binder/Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi)
Bagi kelahiran secara pembedahan:
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang kecuali bahagian pembedahan. Pastikan kegunaan Strap-On Binder yang ringan dan melepasi tundun sulit anda tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan. Anda boleh teruskan amalan berbengkung secara ini selama 2 minggu sebagai langkah penjagaan awal.
Perhatian : MINYAK HERBANIKA boleh digunakan untuk berurut semasa dalam pantang.
2. UNCANG CUCI HERBANIKA
Bercebok bahagian sulit untuk bersalin normal, lakukan semasa di wad dan di rumah.
- Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas.Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.
- Lakukan cucian serta cebok di bahagian sulit dan luka jahitan anda.
- Kesat kering dan sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan/episiotomi dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda.
Bercebok bahagian sulit untuk bersalin secara pembedahan, lakukan semasa di wad dan di rumah.
- Rendamkan 1 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.
- Lakukan cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih serta segar dan kesat kering.
- Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah rengat atau ketidakselesaan di bahagian perut.
Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan Mandian Herba ibu bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.
Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan/episiotomi. Sebagai Mandian Herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.
3. AKAR HERBANIKA
Untuk Minuman Antioksidan
Semasa di wad bersalin - minum 2 - 4 gelas / mug sehari atau 3 - 6 cawan sehari:
Semasa di wad bersalin - minum 2 - 4 gelas / mug sehari atau 3 - 6 cawan sehari:
Rendam 2 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 flask atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau sejuk.
(2 peket boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).
Di rumah - buat pilihan Rendam atau Rebus:
Disyorkan rebus 2 - 3 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih.Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
(2 peket boleh diulangi beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).
Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
4. PHYTONATAL
Bersalin normal mula makan tablet PHYTONATAL pada hari ke 4 dan bersalin secara pembedahan mula makan pada hari ke 7.
Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTONATAL 2 - 4 tablet
Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTONATAL 4 - 10 tablet
Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTONATAL 1 -2 tablet
PHYTONATAL membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi Angin Meroyan serta Murung, darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.
Nota :
Nota :
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda pada sebelah malam.
5. KRIM HERBANIKA BARUT
Bagi kelahiran normal, guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke-4 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari) dan bagi kelahiran secara pembedahan, guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke - 15 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari):
- Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM HERBANIKA BARUT di perut, ari-ari,pinggang, pinggul serta atas peha.
- Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
- Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
- Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang.
- Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung semalaman.
Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.
6. HERBANIKA LULUR
Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan pembedahan, dimula pada hari ke 3
- Sebelum mandi, ambil 1 - 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.
- Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.
- Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan.
- Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).
- Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.
Tawaran Hebat
Hanya RM 330.00
(Harga Pasaran RM 365.00)
Free postage untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah @ Sarawak
No comments:
Post a Comment